Thursday, July 31, 2008

Tips menghalang kecurian oleh PDRM

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor- nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Wednesday, July 23, 2008

Kepemimpinan komited MDKL dipuji


KAMI, penduduk Bandar Saujana Putra ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di atas jasa baik membantu kami mengatasi segala kesulitan di penempatan baru kami. Daripada masalah tol hinggalah masalah laluan di pinggir sungai yang menjadi laluan anak anak kami ke sekolah.

Kami percaya bukan mudah untuk mempunyai pegawai kerajaan yang sentiasa mempunyai komitmen tinggi, terutama dalam melayani pelbagai kerenah masyarakat yang pelbagai cita rasa dan budaya. Namun begitu setelah dua tahun menetap di sini, kami berasa selesa dengan kerjasama MDKL, khususnya Mohd Ahil selaku Yang Dipertua majlis itu.

Kami tidak akan lupa kesungguhan YDP yang sanggup pergi ke Pahang dari Banting, Selangor untuk mendapatkan kelulusan Pembukaan TOL di sini yang menjadi laluan utama kami ke bandar berdekatan.

Kesungguhan yang ada pada beliau harus dipertahankan dan dicontohi pegawai kerajaan lain dalam memenuhi keperluan rakyat.

BRADEEN,
Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra,
Kuala Langat, Selangor


Petikan : Berita Harian Online (Bahagian Surat), 23 Julai 2008

Thursday, July 03, 2008

Jasa YDP MDKL tetap dikenang

KAMI penduduk Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) di atas jasa beliau membantu kami mengatasi segala kesulitan di kediaman baru kami.


Dari isu tol hinggalah masalah laluan di pinggir sungai yang menjadi laluan anak kami ke sekolah semuanya dapat diurus dengan baik.

Kami percaya bukan mudah untuk mempunyai sesorang pegawai kerajaan yang sentiasa mempunyai komitmen tinggi, terutama dalam melayani pelbagai kerenah masyarakat yang pelbagai ragam.

Namun, setelah dua tahun menetap kami berasa selesa dengan kerjasama dan perhatian daripada MDKL. Keprihatinan yang ditunjukkan oleh YDP MDKL dan kakitangannya akan tetap kami ingat dan kenang selama-lamanya.

Kami tidak akan melupakan kesungguhan YDP MDKL bagi mendapatkan kelulusan pembukaan

tol di sini yang menjadi laluan utama kami ke bandar yang berdekatan.

Untuk dinyatakan jasanya di sini adalah tidak wajar rasanya, tetapi kami sangat mengharapkan kesungguhan yang ada pada YDP MDKL ini mampu dipertahankan dan dicontohi pegawai lain.

SHAMSUDIN SALLEH
Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra,
Kuala Langat, Selangor.


Petikan : Berita Harian Online (Bahagian Surat), 03 Julai 2008

Wednesday, July 02, 2008

Perlawanan Persahabatan Boling Di IOI Mall, Puchong


Satu pertandingan persahabatan boling akan diadakan di IOI Mall, Puchong pada 13 Julai 2008 antara qariah Surau Al Hidayah, Al Mukmin dan An Nur. Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi AJK Surau masing-masing.

Diharap kita dapat bersama-sama untuk memeriahkan lagi pertandingan yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara kita.

Sekian.

Tuesday, July 01, 2008

Derma Jariah Pembinaan Surau Al Hidayah, BSP

Kepada sesiapa jua yang ingin menghulurkan derma jariah untuk pembinaan Surau Al Hidayah yang beralamat di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, 42610 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan, bolehlah berbuat demikian dengan menggunakan akaun berikut:

Detail Akaun
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama Akaun : Surau Al Hidayah
Nombor Akaun : 12-038-01-008479-0


Segala pertanyaan boleh diajukan kepada :

019-6925489 (Shamsuddin Salleh)
019-3073799 (Arafat Abd. Rahman)
012-3115754 (Ezzulcafi Abd. Ghafar)


Segala sumbangan anda amat kami alu-alukan dan kami ucapkan jutaan terima kasih.