Para peserta adalah gabungan belia-belia dari taman-taman dan kampung-kampung dalam Zon 7 dan DUN Sijangkang seramai lebih kurang 33 orang yang mana 2 daripada peserta adalah wanita.
6.00 pagi - Permulaan program ini adalah berkumpul di Masjid Sungai Rambai, Jenjarom sebelum Solat Subuh berjemaah dengan kariah berkenaan. Selepas diberi taklimat oleh urusetia, MPP Zon 7 (Saudara Norazmi Bin Mohd Tahir) memberi ucapan ringkas yang kemudiannya diberi kata-kata perangsang oleh ADUN Sijangkang (N.51), Y.B Dr. Ahmad Yunus Bin Haji Hairi. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
7.45 pagi - Semua peserta ekspedisi telah menaiki bas di perkarangan masjid dan bas mula bertolak ke Rembau, Negeri Sembilan sebelum bas berhenti mengisi minyak disalah satu hentian PLUS.
9.45 pagi - Bas yang membawa peserta ekspedisi tiba di kaki Gunung Datuk. Semua peserta nampaknya begitu bersemangat untuk meneruskan cabaran pandakian. Ada peserta yang baru pertama kali mencuba pendakian dan ada yang sudah pun mempunyai pengalaman mendaki lain-lain gunung di Malaysia.
10.30 pagi - Cabaran pendakian bermula setelah membentuk 3 kumpulan utama yang terdiri dari Kumpulan 1 (Orkid), Kumpulan 2 (Cempaka) dan Kumpulan 3 (Cendawan).
11.30 pagi - Peserta terawal sampai di checkpoint 1 dalam keadaan kepenatan dan keletihan, sampaikan ada peserta wanita yang tidak dapat meneruskan pendakian disebabkan tidak cukup stamina.
12.00 tengahari - Tiba di checkpoint 2, tapak untuk berkhemah dan merehatkan badan setelah tamat pendakian. Setibanya di sini, terdapat ramai peserta dari kalangan pelajar UiTM Shah Alam dan Skudai menunggu giliran untuk ke puncak Gunung Datuk. Jadi para peserta ekspedisi terpaksa mengikut giliran untuk sampai ke puncak dengan menunggu sehingga semua pendaki yang lebih awal turun semula ke ckeckpoint 2.
1.30 petang - Peserta ekspedisi mendapat giliran untuk naik ke puncak paling tinggi di Gunung Datuk. Dengan bersemangat, mereka memanjat tangga dan batu besar untuk sampai.
2.00 petang - Turun ke checkpoint 2 dan seterusnya memulakan pendakian turun ke kaki gunung.
3.00 petang - Sampai di kaki gunung dan mandi di air terjun.
3.30 petang - Mula menaiki bas untuk balik semula ke 'pick point' di Masjid Sungai Rambai.
4.30 petang - Berhenti makan di medan selera sebelum meneruskan perjalanan.
5.00 petang - Di atas bas, peserta memberikan komen dan pandangan mengenai pendakian yang telah dilalui. Harapan peserta agar dapat diadakan pada masa akan datang.
7.00 petang - Tiba di Masjid Sungai Rambai. Bersurai.