Saturday, August 15, 2009

Gangguan di Elite mulai hari ini (14-27 Ogos 2009)

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pengguna Lebuh Raya Elite diminta berhati-hati ketika melalui Kilometer 18.75, berhampiran Saujana Putra, kerana laluan kedua-dua arah di situ akan dikecilkan mulai esok.

Menurut kenyataan akhbar SKVE Holdings Sdn. Bhd. gangguan itu berlaku bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang merentasi kawasan itu.

Gangguan itu, kata kenyataan itu, bermula esok sehingga 27 Ogos pada pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Oleh itu, SKVE Holdings meminta orang ramai memandu berhati-hati serta mengikut papan tanda dan arahan kakitangan keselamatan di kawasan terbabit.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Safety Officer, Kumar di nombor 016-9408 510 atau Banny di 019-2621 956.

Sumber Dari : Utusan Online, 15 Ogos 2009 / 24 Syaaban 1430

No comments: