Saturday, August 15, 2009

Pelancaran Majlis Pecah Tanah Surau@Masjid Al-Hidayah

Satu pelancaran Majlis Pecah Tanah Surau Al-Hidayah akan dilakukan oleh Kerabat DiRaja Selangor, Y.A.D Raja Dato' Uzair Bin Tengku Zainon Rashid Shah (Orang Besar Daerah Kuala Langat).

Tarikh : 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 - 12.00 tengahari
Tempat : Tapak Surau@Masjid Al-Hidayah, SP7, BSP

Antara orang kenamaan yang dijangka hadir adalah:
~ Ahli Parlimen K.Langat, YB Abdullah Sani Bin Abd Hamid
~ Orang Besar Daerah
~ Adun Teluk Datuk
~ YDP MDKL, Tuan Abdul Razak Bin Jaafar
~ JAIS Kuala Langat
~ Ahli Majlis
~ LBS
dan lain-lain.

Jamuan akan disediakan untuk meraikan majlis ini dan cabutan bertuah akan diadakan untuk memeriahkan lagi majlis.

Semua warga BSP dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang bersejarah ini. Kehadiran anda amatlah dihargai.

Terima kasih.

Anjuran:
Jawatankuasa Surau Al-Hidayah
Bandar Saujana Putra
LBS

-mod-

Gangguan di Elite mulai hari ini (14-27 Ogos 2009)

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pengguna Lebuh Raya Elite diminta berhati-hati ketika melalui Kilometer 18.75, berhampiran Saujana Putra, kerana laluan kedua-dua arah di situ akan dikecilkan mulai esok.

Menurut kenyataan akhbar SKVE Holdings Sdn. Bhd. gangguan itu berlaku bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) yang merentasi kawasan itu.

Gangguan itu, kata kenyataan itu, bermula esok sehingga 27 Ogos pada pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Oleh itu, SKVE Holdings meminta orang ramai memandu berhati-hati serta mengikut papan tanda dan arahan kakitangan keselamatan di kawasan terbabit.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Hotline Safety Officer, Kumar di nombor 016-9408 510 atau Banny di 019-2621 956.

Sumber Dari : Utusan Online, 15 Ogos 2009 / 24 Syaaban 1430

Sunday, March 22, 2009

Ekspedisi Ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Satu ekspedisi mendaki Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan telah diadakan pada Sabtu, 21hb. Mac 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 dan DUN Sijangkang.

Para peserta adalah gabungan belia-belia dari taman-taman dan kampung-kampung dalam Zon 7 dan DUN Sijangkang seramai lebih kurang 33 orang yang mana 2 daripada peserta adalah wanita.

6.00 pagi - Permulaan program ini adalah berkumpul di Masjid Sungai Rambai, Jenjarom sebelum Solat Subuh berjemaah dengan kariah berkenaan. Selepas diberi taklimat oleh urusetia, MPP Zon 7 (Saudara Norazmi Bin Mohd Tahir) memberi ucapan ringkas yang kemudiannya diberi kata-kata perangsang oleh ADUN Sijangkang (N.51), Y.B Dr. Ahmad Yunus Bin Haji Hairi. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

7.45 pagi - Semua peserta ekspedisi telah menaiki bas di perkarangan masjid dan bas mula bertolak ke Rembau, Negeri Sembilan sebelum bas berhenti mengisi minyak disalah satu hentian PLUS.

9.45 pagi - Bas yang membawa peserta ekspedisi tiba di kaki Gunung Datuk. Semua peserta nampaknya begitu bersemangat untuk meneruskan cabaran pandakian. Ada peserta yang baru pertama kali mencuba pendakian dan ada yang sudah pun mempunyai pengalaman mendaki lain-lain gunung di Malaysia.

10.30 pagi - Cabaran pendakian bermula setelah membentuk 3 kumpulan utama yang terdiri dari Kumpulan 1 (Orkid), Kumpulan 2 (Cempaka) dan Kumpulan 3 (Cendawan).

11.30 pagi - Peserta terawal sampai di checkpoint 1 dalam keadaan kepenatan dan keletihan, sampaikan ada peserta wanita yang tidak dapat meneruskan pendakian disebabkan tidak cukup stamina.

12.00 tengahari - Tiba di checkpoint 2, tapak untuk berkhemah dan merehatkan badan setelah tamat pendakian. Setibanya di sini, terdapat ramai peserta dari kalangan pelajar UiTM Shah Alam dan Skudai menunggu giliran untuk ke puncak Gunung Datuk. Jadi para peserta ekspedisi terpaksa mengikut giliran untuk sampai ke puncak dengan menunggu sehingga semua pendaki yang lebih awal turun semula ke ckeckpoint 2.

1.30 petang - Peserta ekspedisi mendapat giliran untuk naik ke puncak paling tinggi di Gunung Datuk. Dengan bersemangat, mereka memanjat tangga dan batu besar untuk sampai.

2.00 petang - Turun ke checkpoint 2 dan seterusnya memulakan pendakian turun ke kaki gunung.

3.00 petang - Sampai di kaki gunung dan mandi di air terjun.

3.30 petang - Mula menaiki bas untuk balik semula ke 'pick point' di Masjid Sungai Rambai.

4.30 petang - Berhenti makan di medan selera sebelum meneruskan perjalanan.

5.00 petang - Di atas bas, peserta memberikan komen dan pandangan mengenai pendakian yang telah dilalui. Harapan peserta agar dapat diadakan pada masa akan datang.

7.00 petang - Tiba di Masjid Sungai Rambai. Bersurai.























































































Friday, March 13, 2009

Tasik@BSP

Tasik Biru kerana airnya membiru.

Keutamaan Jalan Di Bulatan BSP

Kepada semua warga BSP terutamanya yang datang
dari arah tol BSP

Anda diminta berhati-hati ketika menuruni bukit untuk memasuki bulatan BSP selepas membayar tol untuk memberikan laluan kepada kenderaan yang datang dari bulatan berkenaan.

Ini kerana kenderaan yang berada di dalam bulatan adalah mempunyai keutamaan berbanding dengan yang datang dari arah tol BSP.

Pada pemerhatian yang dibuat, kebanyakan kenderaan yang datang dari arah tol untuk memasuki BSP (pos keselamatan) adalah laju dan tidak mementingkan kenderaan yang datang dari arah bulatan.

Terdapat beberapa kes yang hampir-hampir terjadinya kemalangan disebabkan oleh perkara ini.

Harap maklum demi keselamatan diri dan kenderaan kita .

Terima kasih.

-mod-

Wednesday, March 11, 2009

Lori Tanah Mula Guna Highway

Kelihatan lori-lori tanah yang datang dari kawasan persendirian (kawasan ambil tanah/pasir di tepi lebuhaya, kawasan yang banyak papan iklan), mula menggunakan jalan di kawasan taman Talam dan seterusnya memasuki tol menuju ke lebuh raya ELITE dengan mengelak palang besi di bulatan BSP.

SAH@TIDAK?

Email Dari Penduduk BSP - Perkhidmatan Bas

Kepada Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra.

Saya salah seorang penghuni di Bandar Saujana Putra, Topaz. Setakat ini tiada lagi perkhidmatan awam samada bas rapidkl ataupun metro disediakan di kawasan perumahan ini. Saya pernah menghubungi pihak rapidkl berkenaan perkara ini tetapi pihak rapidkl memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk BSP perlu membuat permohonan bertulis.

Saya amat memerlukan perkhidmatan bas ini untuk berulang alik ke tempat kerja atau ke kl tambahan lagi pintu masuk ke kawasan BSP dikenakan tol. Diharap Persatuan Penduduk BSP boleh memohon secara bertulis kepada Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi RapidKL. Helpline:03-7625 6999, Faks : 03-7625 6667, email : suggest@rapidkl.com.my

Salah satu diharap pihak Persatuan Penduduk boleh adakan pasar malam.

sekian, terima kasih.

Yang benar
Nik.

Berita dalam Sinar Harian 15/01/2009

Jalan ke Bandar Saujana Putra teruk

Saya mewakili semua warga penduduk Bandar Saujana Putra (BSP), Jenjarom, Kuala Langat (Lebuhraya ELITE) amat memerlukan satu jalan alternatif ke Puchong dan Taman Mas, Sepang yang lebih baik dan sempurna. Ini kerana jalan yang sedia ada amatlah daif dan menyedihkan kerana terpaksa berkongsi dengan lori2 tanah/pasir yang semakin hari semakin banyak.

Jalan ini merupakan jalan utama penduduk BSP yang mahu menghantar anak-anak ke sekolah yang berdekatan iaitu di SK Puchong Utama 1, SK Puchong Utama 2 & SK Puchong Utama 3 (jarak sekolah yang paling dekat dengan BSP, lebih kurang 13km) di samping mereka yang bekerja di sekitar Puchong & kawasan yang berdekatan.

Jalan bertol (melalui L/raya ELITE - Exit 606) merupakan jalan utama, akan tetapi sekiranya ingin menggunakan laluan berkenaan, pengguna perlu membayar tol sebanyak RM1.50 (Exit USJ) di samping jarak yang jauh & memakan masa yang lama.

Harapan agar pihak yang berkenaan dapat membantu.

Pautan berita : http://www.sinarharian.com.my/alview.asp

Longgokkan Sampah Di Tepi Jalan Ke Topaz/Ruby

Satu longgokkan sampah telah dibuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mencemarkan pandangan warga BSP. Diminta kepada pihak yang berkenaan, sila ambil sampah yang telah anda letakkan di tempat berkenaan iaitu di persimpangan ke TAMAN TOPAZ dan RUBY/CORAL. Ini merupakan salah satu tempat sampah dibuang sesuka hati dan pada pemerhatian moderator, banyak lagi longgokkan sampah di tepi jalan di BSP ini.

Bertanggungjawablah demi kebersihan Bandar Saujana Putra ini untuk kesejahteraan kita bersama. Janganlah menjadikan kawasan dibahu-bahu jalan BSP ini sebagai tempat pembuangan sampah.

Link : Longgokkan Sampah