Tuesday, August 19, 2008

Rondaan malam di taman-taman BSP

Buat pengetahuan semua warga BSP, Taman Ruby, Coral, Crystal dan Topaz telah pun memulakan satu langkah pro-aktif untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan setempat. Ini berikutan terdapat banyaknya kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di BSP ini.

Taman-taman berkenaan telah pun memulakan aktiviti rondaan malam bermula dari pukul 1 pagi sehingga 5 pagi. Rondaan yang diadakan adalah secara sukarela oleh warga taman masing-masing secara bergilir-gilir. Walaupun rondaan dilakukan di taman masing-masing tetapi ahli rondaan sentiasa berhubung di antara satu sama lain demi keselamatan ahli rondaan itu sendiri, yang mana ahli rondaan taman lain boleh memberikan bantuan kepada taman yang memerlukan bantuan.

Aktiviti rondaan malam ini adalah bergantung kepada inisiatif warga taman berkenaan dan diharapkan taman-taman yang belum membuat rondaan malam diharap dapat berbuat demikian demi keselamatan kita bersama.

Terima kasih.

Friday, August 15, 2008

Pekerja asing ganggu ketenteraman

MASALAH pendatang tanpa izin semakin berleluasa di negara ini, terutama pendatang dari Indonesia. Dengan latar belakang yang tidak jelas serta budaya hidup yang agak berbeza dengan kita, kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.

Kami dari Bandar Saujana Putra yang terletak di perjalanan antara Subang Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga turut terpalit dengan permasalahan ini.

Dengan projek pembinaan yang hampir siap, menyebabkan sebahagian mereka menganggur.

Ada juga pekerja Indonesia yang berkerja, namun belum mendapat gaji, melakukan jenayah bagi menyara kehidupan.

Banyak rumah penduduk di tempat kami dimasuki pencuri dan sebahagiannya dapat mengecam dengan jelas penjenayah yang menceroboh rumah mereka.

Dalam masa tiga minggu, lebih 10 rumah diceroboh dan penjenayah terbabit meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran lebuh raya.

Kami amat bimbang kadar jenayah semakin meningkat jika gejala ini dibiarkan berterusan tanpa diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Warga asing itu kebanyakannya bekerja dengan beberapa syarikat peladangan tempatan, selain bekerja sendiri. Dianggarkan lebih 600 warga asing masih tinggal di kawasan kami, walaupun projek yang mereka laksanakan sebagai pekerja buruh, hampir siap.

Kami tidak menyatakan semua warga asing terbabit jenayah dan mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan.

Ada penghuni di sini yang tidak melaporkan kejadian kepada pihak berwajib kerana putus asa berikutan tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini.

Sehubungan itu, tindakan segera pihak berkuasa perlu bagi menangani masalah yang kami hadapi sekarang.

ANAK SALLEH
BINTANG,
Jenjarom, Selangor.

Petikan : Berita Harian Online (Bahagian Surat), 15 Ogos 2008

Monday, August 11, 2008

Carta Organisasi Rukun Tetangga Zon B (Topaz, Crystal, Coral & Ruby)

Nombor Telefon Kecemasan - Polis

Bilik Gerakan Polis, S.Alam....................03-55102220
Balai Polis Jenjarom.........................03-31872222
Balai Polis K.Langat........................03-31871263
IPD Banting......................03-31813614
Ketua Balai Sg. Jarom................019-2136498

Senarai No Telefon Ketua Blok – Topaz

Nama............................ Alamat Rumah ........... No.Telefon

Idris Bin Darmauri.............. No. 31, Jalan SP6/3 .... 013-2075028
Abdullah........................ No. 84, Jalan SP6/3 .... 012-3003454
Hazlan.......................... No. 79, Jalan SP6/4 .... -
Azman........................... No. 24, Jalan SP6/4 .... 013-3366553
Pakcik Dollah................... No. xx, Jalan SP6/5 .... -
Che Aziz........................ No. 38, Jalan SP6/5 .... 013-2526743
Ahmad Puat...................... No. 30, Jalan SP6/6 .... 016-9023332
Kamardin Mat Piah............... No. 85, Jalan SP6/6 .... 013-9717430
Nizam........................... No. 35, Jalan SP6/7 .... 016-3449407
Azrul........................... No. 36, Jalan SP6/7 .... 016-2150385
Mohd Iskandar................... No. 29, Jalan SP6/8 .... 019-2789004
Ghazali......................... No. 55, Jalan SP6/8 .... 012-2638612

Thursday, August 07, 2008

40 hektar tanah gambut terbakar

Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my


JEREBU: Ruang udara diselubungi asap tebal akibat kebakaran di Dengkil sejak seminggu lalu.

Cuaca panas, berangin mudahkan api merebak

DENGKIL: Kira-kira 40 hektar kawasan lapang bertanah gambut berhampiran Kilometer 25.5 Lebuhraya Ekspres Lingkaran Tengah (Elite) dekat sini, musnah dalam kebakaran yang dipercayai berlaku sejak minggu lalu, menyebabkan kawasan di sekitarnya diselaputi asap tebal.

Cuaca panas serta berangin sejak beberapa hari lalu mengakibatkan keadaan kebakaran yang belum diketahui puncanya itu mudah merebak.

Tinjauan Berita Minggu mendapati beberapa tompokan api dikesan di beberapa kawasan berkenaan terutama berhampiran Taman Wetlands di sini manakala kepulan asap bergerak ke arah Lebuh Raya Elite tetapi tidak mengganggu lalu lintas yang menggunakan di lebuh raya berkenaan .

Lokasi kebakaran terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan perumahan Taman Arked dan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Paya Indah.

Penduduk Taman Arked, Rosli Md Rashid, 58, berkata kebakaran dipercayai bermula minggu lalu, tetapi keadaan bertambah buruk akibat cuaca panas dan kering sejak beberapa hari lalu.

"Asap putih jelas kelihatan pada waktu siang dan penduduk masih boleh menghidu bau asap berkenaan pada waktu malam.

"Kami bimbang keadaan ini bertambah buruk dan boleh menjejaskan penduduk di kawasan sekitar," katanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Hamzah Abu Bakar, berkata 46 anggota dan tiga jentera diarah ke tempat kejadian bagi mengawal kebakaran.

Katanya, pihaknya sudah mengawal kebakaran itu selepas menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 2.30 petang kelmarin.

"Kita menggunakan peralatan hidro-sub iaitu pam yang berkuasa tinggi untuk memadam dan mengawal kebakaran," katanya.

JEJAS PENGLIHATAN: Kawasan kebakaran tanah gambut berhampiran Lebuh Raya Elite.

Petikan : Berita Harian

Bomba kesan satu lagi kebakaran di Dengkil

Oleh Haika Khazi

40 hektar hutan paya tanah gambut dibakar untuk perladangan

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor semalam mengesan satu lagi kebakaran membabitkan 40 hektar hutan paya tanah gambut di kawasan berhampiran Lebuhraya Ekspress Lingkaran Tengah (Elite) di Dengkil, Sepang, dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda, berkata kebakaran itu dikesan beberapa anggota bomba yang melakukan pemantauan 24 jam terhadap kawasan paya tanah gambut yang terbakar, sejak lebih seminggu lalu.

Beliau berkata, kejadian terbaru itu memeranjatkan anggotanya kerana mereka baru saja berjaya memadam kebakaran membabitkan 100 hektar hutan tanah paya gambut di lokasi berhampiran kelmarin.

"Berikutan itu, kita mengarahkan 139 anggota bomba ke situ bagi mengawal kebakaran dengan menggali parit sementara dan mengalirkan air bagi mencegah kebakaran daripada terus merebak ke kawasan hutan besar yang terletak tidak jauh dari situ.

"Kita juga akan menambah bilangan anggota bomba kepada 187 orang, mulai esok (hari ini) bagi mempercepatkan kerja memadam kebakaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, kira-kira 40 hektar kawasan hutan paya tanah gambut di Kilometer 25.5, Lebuhraya Elite berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, Sepang, musnah dalam kebakaran yang dipercayai bermula sejak lebih minggu lalu. Kebakaran itu kemudian merebak ke kawasan lain seluas 100 hektar.

Siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mendapati kebakaran itu dimulakan pekerja sebuah syarikat perladangan yang memiliki tanah berkenaan bagi membolehkan projek penanaman tembikai madu dan belimbing dilaksanakan secepat mungkin.

Petikan : Berita Harian Online, 7hb Ogos 2008

Satu lagi kawasan terbakar

PUTRAJAYA: Satu lagi kawasan hutan paya tanah gambut seluas 40 hektar dikesan terbakar berhampiran lokasi kebakaran pertama di Kilometer 25.5, Lebuhraya Ekspress Lingkaran Tengah (Elite), Dengkil, di Sepang, minggu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abdul Razak Muda, berkata kebakaran itu dikesan pagi semalam.

“Kebakaran pertama yang membabitkan kawasan seluas 100 hektar berjaya dikawal sejak beberapa hari lalu," katanya.

Petikan : Harian Metro, Khamis, 7hb Ogos 2008

Wednesday, August 06, 2008

Pemasangan Lampu Belakang

Anda dinasihatkan supaya menyalakan lampu di belakang rumah pada waktu malam supaya keadaan lorong belakang rumah sentiasa terang dan memudahkan untuk melihat sebarang perbuatan yang mencurigakan oleh orang-orang yang tidak dikenali yang mempunyai niat jahat.

Ini kerana lebih 80% kes-kes pecah rumah yang berlaku di BSP adalah melalui pintu belakang/dapur. Keadaan yang gelap di bekalang rumah memudahkan sebarang aktiviti yang tidak baik.

Harap maklum.

Monday, August 04, 2008

Punca Jerebu Di BSP

Sejak kebelakangan ini BSP sering diselubungi asap dan jerebu. Ini adalah berpunca daripada kebakaran hutan seluas 40 hektar berdekatan KM24 Lebuhraya ELITE menghala ke Shah Alam. Keratan berita daripada Mingguan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2008 (Ahad) ada butirannya.

Perjumpaan Penduduk Topaz - ISU KESELAMATAN (PECAH RUMAH)

Tarikh : 10/08/2008 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : No. 22, Jalan SP6/3, BSP (Topaz)

Kehadiran dan sokongan penduduk amat dialu-alukan demi kesejahteraan dan keselamatan bersama.