Tuesday, August 19, 2008

Rondaan malam di taman-taman BSP

Buat pengetahuan semua warga BSP, Taman Ruby, Coral, Crystal dan Topaz telah pun memulakan satu langkah pro-aktif untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan setempat. Ini berikutan terdapat banyaknya kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi di BSP ini.

Taman-taman berkenaan telah pun memulakan aktiviti rondaan malam bermula dari pukul 1 pagi sehingga 5 pagi. Rondaan yang diadakan adalah secara sukarela oleh warga taman masing-masing secara bergilir-gilir. Walaupun rondaan dilakukan di taman masing-masing tetapi ahli rondaan sentiasa berhubung di antara satu sama lain demi keselamatan ahli rondaan itu sendiri, yang mana ahli rondaan taman lain boleh memberikan bantuan kepada taman yang memerlukan bantuan.

Aktiviti rondaan malam ini adalah bergantung kepada inisiatif warga taman berkenaan dan diharapkan taman-taman yang belum membuat rondaan malam diharap dapat berbuat demikian demi keselamatan kita bersama.

Terima kasih.

No comments: