MASALAH pendatang tanpa izin semakin berleluasa di negara ini, terutama pendatang dari Indonesia. Dengan latar belakang yang tidak jelas serta budaya hidup yang agak berbeza dengan kita, kehadiran mereka mengganggu ketenteraman awam.
Kami dari Bandar Saujana Putra yang terletak di perjalanan antara Subang Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga turut terpalit dengan permasalahan ini.
Dengan projek pembinaan yang hampir siap, menyebabkan sebahagian mereka menganggur.
Ada juga pekerja Indonesia yang berkerja, namun belum mendapat gaji, melakukan jenayah bagi menyara kehidupan.
Banyak rumah penduduk di tempat kami dimasuki pencuri dan sebahagiannya dapat mengecam dengan jelas penjenayah yang menceroboh rumah mereka.
Dalam masa tiga minggu, lebih 10 rumah diceroboh dan penjenayah terbabit meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran lebuh raya.
Kami amat bimbang kadar jenayah semakin meningkat jika gejala ini dibiarkan berterusan tanpa diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
Warga asing itu kebanyakannya bekerja dengan beberapa syarikat peladangan tempatan, selain bekerja sendiri. Dianggarkan lebih 600 warga asing masih tinggal di kawasan kami, walaupun projek yang mereka laksanakan sebagai pekerja buruh, hampir siap.
Kami tidak menyatakan semua warga asing terbabit jenayah dan mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan.
Ada penghuni di sini yang tidak melaporkan kejadian kepada pihak berwajib kerana putus asa berikutan tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah ini.
Sehubungan itu, tindakan segera pihak berkuasa perlu bagi menangani masalah yang kami hadapi sekarang.
ANAK SALLEH
BINTANG,
Jenjarom, Selangor.
Petikan : Berita Harian Online (Bahagian Surat), 15 Ogos 2008
Friday, August 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment